Seekor anak monyet bersiap-siap hendak melakukan perjalanan jauh. Ia merasa sudah bosan dengan hutan tempat hidupnya sekarang. Ia mendengar bahawa di bahagian lain dunia ini ada tempat yang disebut "hutan" di mana ia berfikir akan mendapatkan tempat yang lebih "baik". "
Aku akan mencari kehidupan yang lebih baik!" katanya. Orang tua si Monyet, meskipun bersedih, melepaskan pemergiannya. "Biarlah ia belajar untuk kehidupannya sendiri," kata sang Ayah kepada sang Ibu dengan bijak.
Maka pergilah si Anak Monyet itu mencari "hutan" yang ia gambarkan sebagai tempat hidup kau Monyet yang lebih baik. Sementara kedua orang tuanya tetap tinggal di hutan itu. Waktu terus berlalu, sampai suatu ketika, si Anak Monyet itu secara mengejutkan kembali ke orang tuanya. Tentu kepulangan anak monyet itu disambut gembira oleh orang tuanya.
Sambil berpelukan, si Anak Monyet berkata, "Ayah, Ibu, aku tidak menemukan hutan seperti yang aku angan-angankan. Semua binatang yang aku temui selalu kehairanan setiap kali aku menceritakan bahawa aku akan bergi ke sebuah tempat yang lebih baik bagi semua binatang yang bernama hutan."
"Malah, mereka mentertawakanku." sambungnya sedih. Sang Ayah dan Ibu hanya tersenyum mendengarkan si Anak Monyet itu. "Sehinggalah aku bertemu dengan Gajah yang bijaksana," lanjutnya, "Ia mengatakan bahawa sebenarnya apa yang aku cari dan sebut sebagai hutan itu adalah hutan yang kita tinggali ini!. Kamu sudah mendapatkan dan tinggal di hutan itu!"
"Benar, anakku. Kadang-kadang kita memang berfikir tentang hal-hal yang jauh, padahal apa yang dimaksud itu sebenarnya sudah ada di depan mata."
Kita semua adalah umpama si anak monyet itu. Perkara-perkara yang sederhana,kejadian-kejadian yang ada di sekitar kita tidak perhatikan. Justeru kita melihat kejadian yang "jauh-jauh" yang pada dasarnya sudah wujud di depan mata.
Kita gelisah dengan karier pekerjaan, kita gelisah dengan sekolah anak-anak, kita gelisah dengan segala rencana kehidupan kita. Walhal, pekerjaan kita sekarang adalah sebahagian dari karier kita. Walhal, anak-anak kita bersekolah sekarang adalah sebahagian dari proses pendidikan mereka dan hidup yang kita jalani adalah sebahagian dari rangkaian kehidupan kita ke masa yang akan datang.
Usah mempersoalkan terlalu dalam erti masa depan dan sesuatu yang lebih baik, ada baiknya apabila kita fokus dengan apa yang ada di depan mata, apa yang kita kerjakan sekarang, keraa ini akan mempengaruhi masa depan Anda.
Dia (ibuku) memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawabanmu masih salah kerana banyak orang yang buta."
Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawaban baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawaban dia selalu, "Bukan. Tapi, kamu makin pandai dari tahun ke tahun, anakku."
Akhirnya tahun lalu, abangku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku masih ingat itu kerana itulah kali pertama aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada abangku.
Dia bertanya padaku, "Apakah engkau sudah tahu apakah bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"
Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada masa-masa seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.
Ibu melihat kebingungan di wajahku dan memberitahuku, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kau sudah benar- benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kau beritahu pada ibu dulu, ibu selalu berkata kau salah dan ibu telah memberitahukan kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."
Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan air mata. Dia berkata,
"Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."
Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang sahabat atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Ibu cuma berharap, kamu ada cukup kasih sayang dan rakan-rakan agar kamu selalu bertemankan bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya."
Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan... Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan... Tapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.
"Masa depan Anda, karier Anda, serta kehidupan Anda adalah yang Anda kerjakan hari ini."



{ 0 comments... Views All / Post Komen | Send Comment! }
Post a Comment